Sunday, August 30, 2015

Pecutan akhir UPSR@mmu Melaka


Bersama murid-murid di MMU Melaka di seminar pecutan akhir

Friday, August 21, 2015

Menjawab soalan hubungan yang mempunyai pelbagai pola

Soalan yang melibatkan pelbagai pola:
a. Pola bayang-bayang apabila masa meningkat.
b. Pola perubahan fasa-fasa bulan.
c. Pola perubahan gerhana matahari dan bulan.

Situasi bagi fenomena di atas melibatkan dua pola apabila masa semakin meningkat.

Contoh soalan:
Rajah menunjukkan perubahan panjang bayang-bayang yang direkodkan sehingga pukul lima petang.

Soalan:

A. Nyatakan hubungan yang dapat dinyatakan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kajian itu.

Cadangan jawapan:

Semakin meningkat masa sehingga pukul 12.00 pm , semakin menurun panjang bayang-bayang dan kemudian bertambah panjang sehingga pukul 5.00 pm.

Tips:
Nyatakan semua pola dengan betul dalam ayat hubungan.

Pemerhatian Lain

 TIPS.
1.Menyatakan pemerhatian lain yang dapat dinyatakan.
2.Tidak boleh mengulang semula pemerhatian utama yang telah dinyatakan.
3. Tulis jawapan berdasarkan deria yang sesuai bagi pemerhatian :
      a) Mata (lihat).
      b) Telinga ( dengar)
      c) Kulit ( sentuh)
      e) Hidung (bau)
      f) Lidah (rasa)

Contoh:

Kasih telah menanam pokok di halaman rumahnya. Setelah beberapa hari didapati pokok tersebut telah layu.

Soalan:

A. Beri satu lagi pemerhatian yang dapat dinyatakan berdasarkan keadaan pokok yang di tanam oleh Kasih.

Kaedah menjawab.
1. Kenalpasti pemerhatian utama yang telah diberi iaitu "pokok tersebut telah layu". Ingat pemerhatian ini tidak boleh diulang lagi.
2. Apa deria yang sesuai digunakan. Ia deria yang sesuai ialah mata (lihat), dan nyatakan apa yang dapat dilihat yang menunjukkan pokok itu telah layu.

Jawapannya:
- Daun pokok bewarna kuning.
- Banyak daunnya yang gugur.

* Ilustrasi/rajah  pada kertas soalan sebenar tidak bewarna, jadi kamu kena bijak berfikir bagi menyatakan pemerhatian yang sesuai.

Selamat Maju Jaya. ;)

Friday, August 14, 2015

Jawab dengan ayat tepat dan betul

Calon-calon UPSR, ingat. Jawab soalan soalan yang dikemukakan dengan ayat yang betul dan tepat.

Contoh:

Rajah menunjukkan jarak antara dua buah planet dari Matahari.

Soalan:

1a. Apakah hubungan yang dapat dinyatakan tentang jarak dan masa yang  diambil oleh planet mengelilingi Matahari.
Jawapan salah:
Semakin jauh jarak  planet , semakin lama masa yang diambil.
Ulasan: Ayat jawapan tidak menjelaskan dengan tepat tentang jarak planet dari matahari.
Jawapan betul:
Semakin jauh jarak planet dari matahari, semakin lama masa mengelilingi matahari.

Ulasan: Ayat jawapan dengan maksud yang tepat.

Bagi soalan beraras tinggi (KBAT), ketepatan ayat dan maksud sangat penting. Pemeriksa kertas soalan akan memberikan markah berdasarkan ketepatan dan maksud yang tepat.

Selamat Maju Jaya ;)