Thursday, September 11, 2014

Panduan menjawab 3

Gambar menunjukan kedudukan ikan yang berada di satu kawasan pada dua waktu yang berbeza.

1. Apakah perkara yang dimalarkan di dalam kajian ini.

Kata kunci soalan ialah dimalarkan. Dimalarkan bermaksud perkara yang serupa/sama yang diperlukan dalam kajian tersebut.

Cadangan jawapan:
Jenis ikan

2. Nyatakan satu maklumat yang dapat diperhatikan.

Kata kunci soalan ialah satu maklumat. Berikan satu sahaja maklumat sama ada pembolehubah dimanipulasi atau bergerakbalas.

Cadangan jawapan:
Kedudukan ikan atau keadaan waktu

3. Berikan inferens yang dapat dinyatakan daripada kajian ini.

Kata kunci soalan ialah inferens. Menyatakan sebab yang logik bagi pemerhatian. Disebabkan cuma ada dua gambar sahaja maka pilihlah mana-mana satu sebagai pemerhatian, namun pilihlah pemerhatian yang kamu boleh fikirkan sebabnya dengan mudah.

Cadangan jawapan:
Ikan berada di dasar pada waktu siang kerana ikan sensitif terhadap cahaya/suhu panas.


Panduan menjawab 2


Jadual menunjukan kejadian fasa-fasa bulan yang dapat diperhatikan oleh Ali dalam tempoh 25 hari.

1. Nyatakan inferens yang dapat dibuat daripada pemerhatian tersebut.

Kata kunci soalan ini ialah inferens. Pilih pemerhatian yang menunjukan fasa bulan yang paling besar iaitu pada 15 haribulan, kemudian berikan sebab yang logik.

Cadangan jawapan:
Pada 15 haribulan keadaan Bulan penuh kelihatan kerana ia merupakan fasa bulan purnama.

2. Apakah corak yang dapat diperhatikan pada perubahan fasa-fasa bulan.

Kata kunci soalan ialah corak. Nyatakan corak yang dapat dilihat sehingga 25 haribulan.

Cadangan jawapan:
Menaik dan menurun

3. Berikan maklumat yang perlu dikumpulkan.

Kata kunci solan ialah maklumat. Berikan dua pembolehubah yang dapat dikenalpasti. Lihat maklumat yang berbeza kemudian fikirkan kaitannya.

Cadangan jawapan :
Pembolehubah dimanipulasi :Bilangan haribulan
Pembolehubah bergerakbalas: Kejadian fasa-fasa Bulan

4. Nyatakan hubungan di antara maklumat yang telah dikumpulkan tadi

Kata kunci soalan ialah hubungan. Nyatakan perkaitan antara dua maklumat tadi. Cuma perlu berhati-hati kerana perlu nyatakan perkaitan yang betul mengikut corak yang dapat dilihat.

Cadangan jawapan:
Semakin haribulan bertambah sehingga 15 haribulan, semakin meningkat keadaan fasa-fasa bulan dan kemudian menurun sehingga 25 haribulan.

Thursday, September 4, 2014

Istilah Dan Maksud

Spora - Cara pembiakan bagi tumbuhan yang tidak berbunga seperti paku-pakis dan cendawan.
Graviti - Daya tarikan yang menyebabkan semua benda tertarik ke arah Bumi.
Bahan Sintetik - Bahan yang dibuat melalui proses kimia.
Bahan Semulajadi - Bahan yang berasal daripada alam semulajadi (Tumbuhan, batuan, haiwan, logam).
Tenaga Kinetik - Tenaga yang ada pada setiap objek yang bergerak.
Pengeluar - Tumbuhan di dalam rantai makanan.
Kemandirian - Cara mengekalkan kehidupan agar tidak pupus.
Pengawetan - Cara bagaimana memelihara bahan agar tidak rosak.
Konduktor elektrik - Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.(besi, aluminium )
Konduktor haba - Bahan yang boleh mengalirkan haba.(logam)
Penebat elektrik - Bahan yang menghalang arus elektrik mengalir. (kaca, batu, kayu, getah)
Penebat haba - Bahan yang menghalang haba mengalir (kaca, kayu.
Pupus - Sudah tidak wujud lagi di dunia.
Akumulator - Sel basah (Bateri kereta,lori)
Karnivor - Makan daging dan haiwan lain.
Omnivor - Makan daging dan tumbuhan
Herbivor - Makan tumbuhan sahaja.
Nyahtinja - Buang air besar.
Buruj - gugusan bintang yang membentuk corak tertentu di langit dan menunjukan arah.
Tenaga yang boleh diperbaharui - Tenaga yang boleh didapati semula selepas digunakan.
Stabil - Tidak mudah tumbang.
Kekuatan - Kukuh.
Rantai makanan - Hubungan makanan antara hidupan.
Perkumuhan - Proses penyingkiran bahan yang tidak digunakan oleh badan melalui kulit,peparu dan ginjal.
Binokular - Teropong.
Mikroskop - Alat untuk melihat mikroorganisma.
Stetoskop - Alat yang digunakan oleh doktor untuk mendengar degupan jantung.
Teleskop - Alat untuk melihat objek yang terlalu jauh seperti bintang dan bulan.
Periskop - Alat untuk melihat objek disebalik tembok ( seperti digunakan pada kapal selam)




Wednesday, September 3, 2014

Manafaatkan Eduweb TV sebagai persediaan akhir

Assalamualaikum, sudah sedia. Kepada semua calon-calon UPSR masa kini tinggal cuma 5 hari sahaja lagi sebelum UPSR 2014 bermula.
Dalam kesuntukan waktu ini cikgu cadangkan kepada semua calon untuk memanafaatkan Eduweb TV. Lihatlah video bagi semua topik-topik yang pernah dipelajari dahulu.
Lihatlah video-video ini berulang kali sehingga ia betul-betul melekat di dalam ingatan sebagai usaha di saat-saat akhir ini.
Layari eduweb TV di pautan http://www.eduwebtv.com/ .

Lihat, dengar dan faham.