Friday, June 12, 2009

SMK SERI PERAK , TELUK INTAN


Balik kampung semasa cuti semester lalu, belek-belek khazanah lama, lalu terjumpalah name tag masa belajar di SM Seri Perak dahulu. sesungguhnya Seri Perak banyak menyimpan kenangan, maklumlah bermula dari tingkatan 1 (1987) sehingga 6 atas (1994) aku bersekolah disini dan tinggal di asrama.Buat guru-guruku semua (Cikgu Roslan,Cikgu Yusof,Cikgu Zahari,Cikgu Noraini,Cikgu Masri,Cikgu Hasyim,Cikgu Nuri,Cikgu Lobo,Cikgu Abdullah Merra,Cikgu Harlina,Cikgu Mazlina,) ramai lagi, terima kasih . Mewakili SMSP dalam acara bola sepak dan sofball adalah sangat bermakna , menjadi Penolong Ketua Murid semasa di tingkatan 6 dan pengerusi PPTE. Menjadi pengiring Muhammad semasa mewakili sekolah dan negeri di pertandingan Pidato Piala Diraja memberi banyak pengalaman.Kepada rakan-rakan persekolahan dahulu, kenangan bersama kalian sangat mengembirakan.

2 comments:

Anonymous said...

hmm akak sekolah kat sri perak pd tahun 1984 - lower six. masa tu akak dok asrama. ketua prefek masa tu Mohd yahdi.

http://saidahipoh.blogspot.com

din said...

terawih baru2 nih, aku terserempak ngan cikgu roslan. dia tegur anak aku, kalau tak potong kena solat kat belakang...dia tekejut budak dia tegur tu anak aku...hahahaha...
arman abd samad