Thursday, September 25, 2008

Balik Kampung


Balik kampung. Tentu ramai yang balik kampung hujung minggu ni memandangkan ramai dah mula bercuti sempena Hari Raya tidak lama lagi. Kami akan pulang pada malam raya nanti memandangkan mama masih bekerja pada hari selasa tu.Gambar pokok kelapa bercabang tiga ni diambil di Ladang Bagan Datoh oleh Hakeemi dari dalam kereta. Apa-apapun diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua umat Islam terutamanya kepada rakan-rakan di mana jua anda berada.

Thursday, September 18, 2008

Kursus TMK untuk Guru Besar Hulu Langat


"Zaman dah berubah , dunia dah maju " mungkin dah dengar ungkapan ni dalam iklan Berita Harian. Realitinya memang itulah yang sedang berlaku. Hari ini Guru-guru Besar Daerah Hulu Langat mula berkursus untuk meningkatkan kemahiran di dalam dunia ICT. Selamat berkursus.

Thursday, September 11, 2008

HFMD (Hand,Foot And Mouth Disease)

Minggu lepas Hakeemi mengadu sakit pada mulutnya.Mula-mula ingat ulser biasa , tapi teringat dahulu Hakeemi pernah dapat HFMD. Periksa tangannya ... sah , memang betul . Malam tu terus bawa Hakeemi ke klinik . Doktor menasihatkan Hakeemi di kuarantin sekurang-kurangnya 4 hari. Kepada ibu bapa boleh periksa pada siku , tumit dan di dalam mulut kalau -kalau ada kesan macam ruam cepat-cepat pergi jumpa Doktor.

Boleh rujuk link untuk maklumat lanjut mengenai HFMD.