Monday, February 10, 2014

Kemahiran Membuat Pemerhatian

Membuat pemerhatian merupakan salah satu dari kemahiran proses sains yang perlu dikuasai oleh murid. Aktiviti memerhati membolehkan kita mengumpul maklumat dan data untuk diproses supaya sebarang keputusan dapat dibuat dengan betul.
Kebiasaannya di dalam soalan ujian, soalan pemerhatian akan diikuti dengan soalan inferens, oleh itu adalah penting bagi murid untuk menyatakan pemerhatian yang betul.



Inferens Berbanding II

Murid perlu membuat perbandingan di dalam jawapan inferens. Jika perbandingan tidak dinyatakan maka jawapan kamu tidak diberi markah walaupun kamu memberikan alasan yang betul.

Contoh:

Soalan UPSR 2013


Perlu diingatkan kepada murid, perbandingan perlu dibuat selepas inferens dan bukannya pada pemerhatian.
Cuba lihat contoh jawapan ini.

Betul:
Kaedah lesung dan alu masa diambil untuk menghancurkan cili lebih lama kerana ia alat tradisional berbanding pengisar alat moden.

Salah:
Kaedah lesung dan alu masa diambil untuk menghancurkan cili lebih lama berbanding pengisar kerana ia alat tradisional.
                                       
Dapat cari perbezaannya tak?                                                

Sunday, December 8, 2013

Karnival Sains Anjuran Akademi Sains Malaysia

Karnival ini telah berlangsung pada bulan November lalu yang diadakan di SK Bandar Seri Putera dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia.
Tujuan Karnival ini dijalankan ialah untuk menarik minat pelajar di dalam bidang sains, ketika ini saya dimaklumkan hanya 30% sahaja tempat di IPTA di isi oleh graduan bidang sains.
Akademi Sains Malaysia merupakan satu agensi di bawah MOSTI yang menjalankan aktiviti-aktiviti penggalakkan di dalam bidang sains di Malaysia ( http://www.akademisains.gov.my/ ).
Majlis Perasmian.
Ceramah Motivasi.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung seperti ceramah motivasi, pameran dari Jabatan Meteorologi, Pameran dari Pusat Sains Terengganu dan kuiz sains.
Jabatan Meteorologi.

Pusat Sains Terengganu

Dan cikgu dijemput pada hari tersebut sebagai hakim bagi pertandingan sains bersama Pn salina dari (IAB) dan Pn Fathaiyah (Pensyarah di IPG Kampus Raja Melewar)
Secara keseluruhannya, karnival pada hari tersebut sangat menarik dan aktiviti-aktiviti yang di anjurkan dapat menarik minat murid.





Wednesday, November 13, 2013

KEPUTUSAN UPSR

Seperti yang sedia maklum, keputusan UPSR 2013 akan dikeluarkan pada 14 November nanti. Calon boleh mendapatkan slip keputusan di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi atau melalui sms dengan cara berikut
semoga semua akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Tuesday, August 20, 2013

Sudah sedia?

Macam mana, sudah sediakah untuk menghadapi UPSR yang akan tiba kira-kira tiga minggu dari sekarang. Cikgu harap semuanya bersedia dan berkeadaan baik menjelang UPSR nanti.

Sebagai persediaan akhir, Cikgu tuliskan sedikit lagi panduan kepada calon-calon UPSR.

1. Baca dan fahami soalan betul-betul.

2. Kesilapan yang biasa terjadi :

    a) Menggunakan istilah / ayat yang salah semasa menjawab soalan.
        Pastikan ayat yang kita tulis sebagai jawapan dapat difahami oleh pemeriksa,
Jangan gunakan bahasa daerah atau loghat yang keterlaluan sehingga boleh menjejaskan maksud jawapan.
Ayat pada jawapan mestilah menggambarkan maksud yang betul.

Contoh:
Sebatang kayu dicacakkan di tengah padang untuk melihat tentang kedudukan dan panjang bayang-bayang,  didapati pada pukul 12.00 tengahari tiada bayang-bayang yang terbentuk. Berikan satu inferens yang dapat dinyatakan.

Contoh jawapan:
12.00 tengahari tiada bayang-bayang terbentuk kerana matahari berada di atas kayu
( X ) jawapan kurang tepat

12.00 tengahari tiada bayang-bayang terbentuk kerana matahari tepat di atas kayu
( / )


3. Jangan lupa untuk melihat kembali fakta dan maklumat yang ada di dalam Buku Teks. Ingat semua perkara yang disoal pasti fakta dan maklumatnya ada di dalam buku ini.

4. Jangan gunakan ayat yang terlalu berbunga untuk menjawab soalan sains. Jawapan 
mesti tepat dan ringkas seperti di dalam panduan yang cikgu tunjukkan.

5. Untuk dapatkan Gred A, perlu sekurang-kurangnya betul 25 soalan bahagian A dan 4/5 di bahagian B.

6. Berikan alasan yang logik dan saintifik dalam menjawab soalan inferens.

7. Bentuk soalan kini semakin mencabar, perhatikan dan fikirkan betul-betul
semasa mencari pembolehubah.

         

Saturday, July 6, 2013

Undangan dari Ustaz Wan Akasyah

Seminar anjuran Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato' Siti Norbahiyah
Peserta yang datang dari pelusuk negeri
Fakulti Pengajian Islam

Alhamdulillah selesai memenuhi undangan daripada Ustaz Wan Aqasah sebagai penceramah teknik menjawab soalan Sains UPSR di Fakulti Pengajian Islam , UKM Bangi.



Tuesday, June 4, 2013

TIPS 2 - Inferens yang perlu buat perbandingan mesti dibandingkan

Ada inferens yang perlu dibuat dalam bentuk perbandingan dan perbandingan itu mesti dinyatakan dalam jawapan.

Contoh:
 Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya daripada ikan peliharaan Pak Abu. Berdasarkan pemerhatian ini nyatakan inferens yang sesuai tentang perbezaan saiz ikan peliharaan Pak Ali dan Pak Abu.

Salah : Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti.
* contoh jawapan ini salah kerana perbandingan tidak dinyatakan dalam jawapan.

Betul : Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti berbanding ikan peliharaan Pak Abu.